Kami (Yusrizal + Illisriyani + Mikayeel)

[caption id="attachment_1756" align="aligncenter" width="570" caption="Kami (Yusrizal + Illisriyani + Mikayeel)"]Kami (Yusrizal + Illisriyani + Mikayeel)[/caption]

Mikayeel kini 2 bulan..

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


 

Bayi tersedak susu kes terpinggir

BAYI yang kerap mengalami muntah atau batuk ketika minum air dan menyusu tidak boleh dibiarkan berlanjutan serta dipandang remeh sebaliknya, perlu dirujuk segera kepada pakar bagi mengenalpasti apakah masalah sebenar dialaminya sehingga berlaku keadaan seperti itu.

Perunding dan Pakar Kanak-kanak, Dr Azam Mohd Nor, berkata kedua-dua keadaan itu adalah perkara biasa berlaku yang menunjukkan tanda bahawa bayi berkenaan ada masalah untuk menelan susu dihisapnya, sama ada melalui botol atau pun penyusuan ibu.

Beliau berkata, jika bayi sukar atau bermasalah untuk menelan susu dihisapnya ia mungkin boleh menyebabkan susu yang mengalir keluar ke dalam mulut bayi akan tersekat pada saluran pernafasan dan menyebabkan bayi lemas sehingga membawa kematian.

“Masalah menelan yang tidak betul atau tiada koordinasi dengan mulut boleh menyebabkan bayi yang sedang dalam penyusuan ibu boleh mengalami tersedak susu. Paru-paru bayi itu akan dimasuki air dan keadaannya seperti tercekik dan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen.

“Keadaan ini sama seperti apabila seseorang itu mandi dan kemudian lemas di dalam air. Akibat sukar bernafas dan tiada oksigen di sekitarnya seseorang itu boleh maut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian bagi mengulas kematian seorang bayi dua bulan yang menyusu badan dipercayai tersedak susu ketika tidur di rumahnya di Tongkang Yard di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 5 pagi ketika ibunya, Nor Asmah Mohamad, 28, cuba membangunkan anak perempuan tunggalnya, Khirunisak Abdul Manaf, untuk disusukan. Bagaimanapun, ibunya mengesyaki sesuatu buruk berlaku apabila mendapati susu mengalir dari mulut bayi berkenaan sebaik dipangku dan terus dibawa ke Hospital Alor Star (HAS).

Dr Azam berkata, beberapa kes membabitkan kematian bayi akibat menghisap botol susu memang ada berlaku tetapi kes seumpama yang dikaitkan dengan penyusuan ibu sukar sekali berlaku apatah lagi sehingga menyebabkan bayi meninggal dunia.

Beliau berkata, seperti diketahui umum penyusuan ibu adalah yang terbaik dan selamat untuk bayi serta elok diberikan sebaik saja dilahirkan malah, setiap ibu digalakkan untuk meneruskan kaedah itu sehingga anak mencapai usia dua tahun.

Justeru, tidak timbul penyusuan ibu boleh menyebabkan kematian bayi sekalipun, wanita berkenaan tiada pengalaman langsung menyusukan bayi sebelum itu.

Bagaimanapun, Dr Azam berkata penyusuan ibu pada bayi bagi tempoh usia tiga bulan pertama adalah sangat penting dan memerlukan perhatian teliti terutama dalam mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi bayi ketika penyusuan dilakukan.

“Bayi normal yang sudah berusia lebih sebulan boleh meninggal dunia hanya kerana tersedak susu semata-mata jarang sekali berlaku. Sebaliknya, bayi yang meninggal dunia ketika penyusuan ibu mungkin ada masalah lain. Ini termasuklah, berlaku refluks iaitu aliran balik suatu cecair atau bertentangan dengan arah pergerakan normalnya ketika penyusuan ibu dilakukan.

“Selain itu, mungkin juga berlaku ibu dalam keadaan berbaring menyusukan bayi tertidur ketika penyusuan dibuat dan tanpa sedar menghimpit bayi sehingga sukar bernafas,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku Dr Azam menasihatkan, wanita yang melakukan penyusuan badan selain memahami teknik penyusuan yang betul, perlu juga ada pengetahuan cara-cara menangani masalah dalam kecemasan apabila berlaku sesuatu kepada anak mereka.

Beliau berkata, di negara barat kebanyakan ibu bapa mempunyai pengetahuan mengenai pertolongan cemas. Ini membolehkan ibu bapa bertindak pantas dan memberikan pertolongan sewajarnya kepada anak jika berlaku sebarang perkara tidak diingini, sebelum bantuan profesional tiba.

Katanya, dalam kes yang menyebabkan kejadian bayi tersedak susu antara langkah atau perkara boleh dilakukan ibu ialah memberikan bantuan cepat, CPR atau pemulihan pernafasan kardiopulmonari yang menyediakan pernafasan sokongan.

Melalui cara ini, jika bayi tidak bernafas, CPR dapat membantu memberikan darah yang beroksigen ke otak. Tanpa oksigen masalah kecederaan otak boleh berlaku dalam masa kurang daripada lapan minit.

Perlu diketahui bayi yang berusia bawah satu tahun ke bawah ketiadaan oksigen dalam tempoh lima minit sudah cukup mendedahkan dirinya dalam keadaan amat bahaya untuk kesihatan.

“Jika ibu itu sedar keadaan bayi itu tercekik dan sukar bernafas hendaklah segera membantu bayi itu memulihkan pernafasan. Dalam keadaan badan bayi ke bawah, tepuklah belakangnya sehingga keluar lendir atau kahak terkumpul yang menyukarkannya bernafas.

“Jika masih tidak bernafas lagi, ibu perlu memberikan bantuan pernafasan yang dilakukan dengan menghembus nafas ke dalam mulut dan secara langsung kepada paru-paru bayi,” katanya.

Dr Azam turut berharap, kes kejadian yang berlaku tidak dijadikan alasan atau halangan kepada wanita di negara ini untuk terus menyusukan bayi mereka. Hakikatnya, sebarang kejadian tidak elok dapat dielakkan jika ibu lebih berhati-hati dan bersikap peka serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika penyusuan badan dibuat.

Teknik menyusu bayi

1. Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.

2. Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.

3. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.

4. Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

5. Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.

Majlis Akikah Mikayeel, 20 Jun 2009

Bertempat di Rumah Mertuaku di Sungai Petani, 1 majlis akikah telah diadakan pada 20 Jun 2009 jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam. Majlis Akikah ini adalah untuk menyambut kelahiran anak aku dan illis yang diberi nama Mikayeel b. Mohd. Yusrizal. Beliau telah dilahirkan pada 22 April 2009 di Hopital Putrajaya. Majlis ini telah menumbangkan 2 ekor kambing yang cute dan comel sehari sebelum majlis ini berlangsung.


Majlis ini telah dihadiri di kalangan saudara mara dan kenalan rapat.


SEHARI SEBELUM MAJLIS


Photobucket


 tempat majlis berlangsung




Photobucket


mahligai kambing..


Photobucket



2 ekor kambing yang bakal dikorbankan.
cutekan depa?

Photobucket


buat aksi lucu pula si coklat tu..


Photobucket


inilah senyum kambing..


Photobucket


detik2 penyembelihan..


Photobucket


mereka2 yg gagah..


Photobucket


amin..


Photobucket


anak tuan kambing yg memerhati kambing2nya dikorbankan..


Photobucket


no. 2 pulak. nampak kecik, tapi meroyan dahsyat..


Photobucket


darah kambing ni lebih memancut dari yg pertama tadi..


Photobucket


*blank*


Photobucket



proses utk melapah kambing akan bermula..
tetapi kulit kambing ini akan dipam supaya kulit ini terpisah dari daging..

Photobucket


pak rashid ni adalah salah seorang chef yg akan memasak utk majlis akikah ini..


HARI KEJADIAN


Photobucket


semua dah ready waktu ini


Photobucket


katil mika sudah cantik dihias..


Photobucket


mika telah dihensemkan oleh mummynya..


Photobucket


majlis akan berlangsung selepas mika diletakkan di anduinya..


Photobucket


kelengkapan "mencukur" jambul mika..


Photobucket


cenderamata kepada tetamu yang hadir..


Photobucket


majlis sedang berlangsung..


Photobucket


abang2 pembantu basuh pinggan pun sedang bersedia untuk menjalankan tugas (sebelah kiri gambar)


Photobucket


**akan update caption bg gambar seterusnya.. mika tgh ngamuk.. :)


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


 Photobucket

Blog Widget by LinkWithin