Pening kepala

Sering pening kepala melanda kala ini. Kesan eksiden dulu? Asik berdenyut dari semalam.. Harini aku tido awal. Bilik tido sudah gelap. Wife sudah aku urut kaki n badannya yang lenguh akibat kesan tgh mengandung. Aku tolong sedaya aku. Parah lagi dari aku yg tak seberapa pengorbananku ini kan?

Mak n adik aku ada di Serdang, ada temujanji dgn dr dua hari berturut2 bermula harini. Mak aku dapat perkhabaran tidak gembira kerana beliau hidapi hepititis c.. Efek pada hati. Akan mengakibatkan darah merah berkurangan.

Jika esok dapat result ujikaji tadi positif, mak aku kena dtg ke serdang dari gannu setiap hari utk dr dptkan perkembangan penyakitnya itu. Mak aku kena penyakit itu semasa melahirkan aku ni. Tatau sebab apa mak aku kena sakit itu, rasanya salah terima darah kotor tersebut kesan dari kehilangan darah ketika beliau melahirkan aku. Bersalahnya aku rasa, sebab aku, mak aku jadi mcm ni.. Hmm..

Aku doakan semua ahli keluarga aku dan mertua n ipar sihat sejahtera serta mempermudahkan urusan mereka setiap hari. Amin..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin