Beri cuti bersalin 84 hari

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menimbangkan cadangan untuk menambah cuti bersalin kepada 84 hari daripada 60 hari sekarang.

Presidennya, Omar Osman berkata, cadangan itu mula dimajukan untuk perbincangan pada 2007 dan mendapat persetujuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi ditangguhkan berikutan sebab yang tidak diketahui.

"Kami kurang pasti kenapa di KIV (dalam perhatian) jadi sebab itu kami bangkitkan isu ini sekali lagi. Kami meminta kerajaan untuk melihat semula secara serius perkara ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar tiga hari Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini semalam.

Omar berkata, isu cuti bersalin akan dibangkitkan sekali lagi dalam pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) awal tahun depan.

Jumlah tenaga kerja wanita terdiri daripada 45 peratus bagi 1.2 juta kakitangan awam.

**copy dari utusan online

p/s:- bapa2 lak dapat cuti berapa hari? kasi la up sikit.. :)

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin