17th week

BBQ sempena b'day pak mertua ku


depa anak beranak ketawakan aku..
depa kata, depa konpius yg mana satu sate n jari aku dorang tak kenal!
huhuhu.. mentang2 mak n ayah aku jauh..

menu utama dengan flash..



tanpa flash..

sate hati pun ada..
aku tak makan hati.. huhuhu

mak mertua aku tgh menurun.. hehehe..

adik ipar aku dengan aksi manja n ngada2 ngan akak dia..
gambar illis tak kelihatan di sini.. atas sebab2 tertentu.. hehehe

mak mertua aku mengasapkan seluruh Sungai Petani pada malam itu

model sate..

tester sate.. hehehe
p/s: pak mertua aku pun tak kelihatan, dia tgh "sibuk" tgok sehati berdansa.. :)

Selamat Pengantin Baru Hida'a dgn Zain

Bertempat di UIA, Gombak, aku dan illis pergi ke resepsi hida'a yg dikenali teman sebagai A'a pada sabtu yg lepas, 29 Nov 2008. Kami lewat sampai di sana. Jem teruk sepanjang jalan di MRR2. Tak tahu jem sebab apa.. Tapi bila sampai exit pandan, clear la pulak..

Dalam Bangunan KAED, UIAM tempat persandingan pengantin ini
Cun juga tempat ni..

ala2 kandid la tu.. hehehe
kali pertama illis pakai baju purple ni, kain hantaran aku beri padanya..
lawa giler kaler n kain ni.. (sendiri bagi, kena puji la)


gambar goyang/ blur..
aku edit jadi hitam putih.. tak nampak sgt blur tu.. hahaha

pengantin baru dengan pengantin baru.. baru mengandung.. :)
dah 4 bulan lebih.. amin..

ambil berkat?
tidak la.. saje je bergambar.. :P

Kemalasan pulak

Aduh.. banyak idea nak taip dalam ni. Tapi tahap kemalasan melanda la. Sori kepada peminat2 aku? Peminat? Hahaha.. Mcm poyo je. Banyak benda nak cerita. Tapi kerja banyak la sejak 2 menjak ni. Big projek! Ada kena mengena dengan pak lah ni. Kalau tak siap, mampus la gue dong!
Harap jumpa korang di lain hari. Mungkin kat rumah nanti ke aku update lagi yer. La ni masa lunch break ni..

16th week




Pening kepala dah ok..

Semalam isteriku urut kepalaku.. :) Dia letak minyak angin buah pala.. Nasib baik tak pedih.. Layan je semalam sampai tido.. Pagi ni lega je pergi kerja.. Tengahari nak pergi loaw yatt la. Nak repair softwere hp. Bengong taukeh tu buat.. Mangkuk sup cina betul.. huhuhu

Pening kepala

Sering pening kepala melanda kala ini. Kesan eksiden dulu? Asik berdenyut dari semalam.. Harini aku tido awal. Bilik tido sudah gelap. Wife sudah aku urut kaki n badannya yang lenguh akibat kesan tgh mengandung. Aku tolong sedaya aku. Parah lagi dari aku yg tak seberapa pengorbananku ini kan?

Mak n adik aku ada di Serdang, ada temujanji dgn dr dua hari berturut2 bermula harini. Mak aku dapat perkhabaran tidak gembira kerana beliau hidapi hepititis c.. Efek pada hati. Akan mengakibatkan darah merah berkurangan.

Jika esok dapat result ujikaji tadi positif, mak aku kena dtg ke serdang dari gannu setiap hari utk dr dptkan perkembangan penyakitnya itu. Mak aku kena penyakit itu semasa melahirkan aku ni. Tatau sebab apa mak aku kena sakit itu, rasanya salah terima darah kotor tersebut kesan dari kehilangan darah ketika beliau melahirkan aku. Bersalahnya aku rasa, sebab aku, mak aku jadi mcm ni.. Hmm..

Aku doakan semua ahli keluarga aku dan mertua n ipar sihat sejahtera serta mempermudahkan urusan mereka setiap hari. Amin..
Blog Widget by LinkWithin