Khamis yang buhsan

Pagi2 aku dah tension. Pasal apa? Pasal kena pakai baju batik. Malasla nak pakai batik. Kain nipis sgt. Bila kena tiup angin, nampak segala lurah kat badan ni. Huhu.. Dengan baju batik ni aku takde mood nak kerja. Ofc punya la sejuk. Pastu batik ni buat telinga panas. Tatau sebab apa. Bila pakai baju batik je, jadi mcm ni. Kerja pun tak jalan. Org lalu depan bilik aku nampak aku mcm bz buat kerja, sekali hampeh!! Sibuk dengan baca blog org n tgok streaming AJL23 (aku tak sempat tgok live, cuma dgr live je dari radio Hot FM, sibuk cari stroller masa tu :) ).
Lusa aku, illis n lina balik ke Gannu. Berhari Raya Cina kat gannu pulak! Hehe.. Iyerla! Sebelum ni, aku dan illis bercuti panjang kat SP, so kali ini dengan cuti 4 hari ni, kami pulang ke rumah mak ayah aku pulak. La ni gannu, asik hujan, tak selebat masa hari raya haji yang sudah. Terhad juga la nak ke mana2. Ingatkan nak lepak pulau kat gannu tu. Memandangkan wife aku tgh sarat ngandung tu, kami batalkan hasrat tu.
Berbalik khamis yang tak best ni, aku kena RM8.00 waktu akau makan kedai mamak tghari tadi. Bengong giler! Mahal nak mampus. Aku minum air kosong je. Lauk nasi putih aku, ayam rendang dengan sayur goreng je. Ayoyo! Last rasanya aku makan sana. Okla.. dah nak kul 5 ni. Aku nak balik, nak singgah ofc bini aku lagi. Dia tertinggal laptop kat sana. Dia la ni tgh rehatkan diri kat rumah dari tghari tadi. Tak sihat katanya. Malam ni dia nak masak pulak! Rasanya, kami makan luar kot! Kesian kat dia. Aku nak masak? Hmm.. Aku boleh juga memasak. Memandangkan khamis yang tak best ni, aku pun me"tak" bestkan diri ni la.. hehe..
Chiow!

2 comments:

one love said...

yus pandai masak?

heheheh untung ilis!

kalau ada kursus sesama nanti, cer kau tlg masakkan utk kitorang nanti!
boleh ke?
hahhahahaha

Yusrizal said...

ley tahan la aku masuk..
masakan segera lagi aku hebat. hahah

kenapa lak aku kena masakkan kat korang? yg pompuan2 kan ke ada.. huhu

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin