Syukur semuanya ok..

Tadi aku dah nampak zuriat aku waktu dr. scan perut wife aku. Akan dtg aku uploadkan dlm ni. La ni dah tgh malam. Takut lewat pulak aku bangun sahur nanti.

2 hari sebelum kami pulang berhari raya, Illis kena pergi buat rawatan susulan ke Klinik Mesra (sebelah Al-Azwath) Serdang. Dr. Rahaya dah bekalkan ubat sepatutnya pada illis. Semalam, kami pergi ke Pusat Rawatan Al-Zaharah, Bangi. Terpaksa pergi ke sana selepas illis memberitahu dia bleeding. Masa tu dah dekat 1030 pm, itupun illis perasan waktu kami nak bersahur. (aku ada bgtahu korang post sebelum ni).

Aku nak bgtahu kat sini, sebelum ni aku pernah kutuk pusat rawatan di Bangi tu. Akhirnya semalam, aku pergi juga. Nampak semuanya ok (jilat balik ludah sendiri)! Dr situ ada bekalkan ubat kuatkan janin. Tetapi sebenarnya ubat itu bukan spesifik untuk illis, dr. rahaya sahkan.

Arghh!! Bengong tul. Harap2 tiada komplikasi pada ibu dan bakal anak aku itu. Berita tak best tu bertukar best apabila dr. rahaya menunjukan zuriat aku discreen. Kandung itu berada elok pada rahim. Bukan di luar rahim (salah satu kemungkinan yg diberitahu oleh dr. di bangi tu). Hmm..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin