Thanx Kak Qiss..

Kelmarin aku dan illis diundang ke rumah kak qiss di Puchong untuk berbuka puasa. Satu ofc illis dijemputnya. Yg datang? Aku dan illis je. Banyak tu makanan kak qiss dah sediakan. Husbandnya pun luangkan diri untuk berbuka bersama kawan satu ofc isterinya. Myb husband dia hampa dengan kehadiran. Tu aku no komen la.. Tak tahu nak ckp apa.

Kak qiss mcm tahu je aku suka makan lauk daging masak lemak. Pergh! Bertambah aku.. Ingatkan nak makan banyak2, tapi perut kembung dengan air yg aku minum tak henti2 lepas berbuka. Panas yg amat hari tu.

Awal juga kami sampai kat rumah Kak Qiss, 530 pm kot. Tatau nak ke mana lagi selepas pergi ke IOI Mall selepas perbetulkan spek aku yg lensnya rosak tu. Nasib baik ley claim balik.

Semasa nak tunggu waktu berbuka, aku dan illis disajikan dengan gelagat anak2 kak qiss yg comel2 n nakal. Kelakar je tgok gelagat depa. Semua perangai lain2. Ada yg along yg tomboy, rihana (bersolek), jijah (marilyn monroe yg selebet), ika yg berkepit dengan kak qiss n chuan yg asik bengis je, alih2 dengan maid terus je ok.. Anak maid agaknye.. hehehe

4 dari 5 anak kak qiss. paling besar umur 11 tahun.
paling kecil 2 tahun.. Anak kak qiss selang 2 tahun..
hmm.. mcm kilang lak.. kilang yg bagus. :)
aku n illis pulak nanti? kami terima seadanya..

Anw, toceh2 to kak qiss n family kerana sudi terima kami berbuka puasa di rumah. Kami sedaya upaya makan mcm 3-4 org makan. Iyerla nak cover org2 yg tak dtg.. :P

Tak susah mana nak bgtahu kalau tak jadi dtg, bgtahu awal. Tak susahkan penganjur. Buat tuk kita, hargailah benda itu. Lagi satu, dtg awal ke sesuatu majlis. Ley tolong sediakan apa2 yg patut. Bila balik lak, bukan nak main blah je.. Kemas la balik.. Susah ke? Aku ckp ni tuk ingatkan aku juga. Amin..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin