Rentak skuad negara sumbang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAHshahril@kosmo.com.my

SKUAD bola sepak negara membuka kempen kelayakan Piala Asia 2011 dengan langkah sumbang apabila tumpas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Kecergasan dan ketahanan fizikal jelas menjadi pemisah buat skuad bimbingan B. Sathianathan itu dengan pemain UAE apabila ketingalan 0-2 pada babak pertama hasil jaringan Mohamed Omar Ahmad Alshaddadi pada minit ke-29 dan 45.

Biarpun berjaya menyaingi kehebatan juara Piala Negara-Negara Teluk 2007 itu dengan mencipta beberapa peluang di depan pintu gol, namun seperti biasa gerakan jentera serangan skuad negara terlalu mudah untuk dipatahkan.

Begitupun, jurulatih negara, Sathianathan menyifatkan aksi anak buahnya pada babak pertama wajar diberi pujian kerana berjaya mencipta beberapa gerakan menarik di depan pintu gol lawan.
Namun, menurutnya, stamina dan kecergasan pemain negara tidak cukup bagus untuk menyekat asakan UAE yang meledakkan tiga gol lagi pada babak kedua menerusi kaptennya, Ismaeil Matar (minit ke-52, 75) dan Ahmed Khalil Sebait (minit ke-85).

"Kita berjaya mengawal permainan dan menyaingi pasukan UAE pada babak pertama," kata Sathianathan.
"Kita mampu melancarkan serangan dan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol, cuma kita penyudah saja kita tumpul.
"Perlu ingat bahawa kita berdepan pasukan yang berkualiti dan UAE baru pulang daripada kempen Piala Negara Teluk baru-baru ini. Jadi persiapan mereka lebih bagus daripada kita," katanya lagi.

Sathianathan juga menggambarkan kekecewaannya dengan jumlah gol yang dibolosi skuad negara sambil menyifatkan kekalahan besar itu adalah berpunca daripada kelemahan mereka khususnya dari segi stamina.

"Kita sebenarnya kalah dari segi ketahanan kerana pemain hanya ada dua hari saja menjalani latihan kecergasan," kata Sathia.
"Sebab itulah saya kata kecergasan sangat penting. Walaupun kita mampu menyaingi mereka pada babak pertama, tapi babak kedua pemain sudah keletihan.
"Saya tetap gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Mereka tetap bersemangat untuk mencari gol dan beraksi dengan baik. Cuma jelas sekali kita masih tidak cukup bagus untuk menewaskan kualiti pemain UAE," ujarnya lagi.

Sementara itu, jurulatih UAE, Dominic Bathenay pula berkata dia agak terkejut melihat skuad negara berjaya memberi tekanan kepada anak buahnya pada babak pertama.

"Babak pertama menyaksikan penguasaan yang seimbang oleh kedua-dua pasukan, namun kami menggunakan peluang di depan gol dengan lebih baik.
"Saya gembira kami menang 5-0 walaupun saya jangkakan kami kami menang 1-0," katanya lagi.
Selepas ini, skuad negara dijadualkan berdepan Uzbekistan pada aksi kedua Kumpulan C 14 November depan.
p/s:- baju tak hengat mahal! rm259.00 sehelai baju.. ayoyo!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin