Mika dan Illis..

[caption id="attachment_1498" align="aligncenter" width="450" caption="Bangganya aku dengan zuriatku yang comel ini. Syukran.."]Bangganya aku dengan zuriatku yang comel ini. Syukran..[/caption]

Kala ini, aku keletihan n mengantuk. Walaupun begitu, jiwa ini kegirangan. Hanya tuhan saja yang tahu. Mcm tak caya je aku dah ada anak. Dalam tak caya tu, aku syukur apa yang telah terima n lalui selama ini. Aku bersyukur kedua2 insan yang cintai iaitu Illisriyani dan Mikayeel selamat dalam operasi pagi tadi.


Illis terpaksa menjalani pembedahan kerana Mika berat dan tinggi. Doktor sarankan illis melakukan pembedahan. Jika tidak, ia akan menerima risiko yang tinggi bila Illis melahirkan Mika bersalin secara normal. Tepat 9.45 pagi tadi, Illis dimasukkan ke dalam Dewan Bedah di Hospital Putrajaya. Aku dan mertua aku menunggu di ruang bilik menunggu yang mempunya tv plasama 42 inch tetapi tidak berfungsi. Sungguh kebohsanan. PSP ada di tangan, jiwa dan akal teringatkan Illis dan Mika.


Setengah jam selepas itu, Doktor bawa troli yang mengandungi baby. Beliau berkata., "Siapa suami kepada Puan Illlliissrrii... Illisirani.. Hmm.. Illisriyani?".. Susahnya dia nak sebut nama wife aku itu. Hmm.. Langkas aku bangun untuk pergi kepada Dokotor itu. Beliau mengesahkan baby yang dia bawa adalah anak aku. Gembiranya... Sambil dia tunjukkan kemaluan yang menyimbolkan bahawa ia adalah kepunyaan insan yang bernama lelaki (hehehe) dia berkata, illis tengah dibersihkan oleh petugas pembedahan.. Semuanya selamat.


Mertua aku menyuruh aku untuk Qamatkan ditelinga Mika. Sebelum aku Qamatkan, aku panggil Mika, Babyyyyy! Panggilan yang biasa aku gunakan semasa Illis mengandungkan dia. Mika terus buka mata kirinya sambil tengok pada aku. Aku sedih dan gembira. Lalu aku Qamatkan diteling Mika. Selepas aku menyebut, "Allahu Akbhar!".. Terus Mika bukakan kedua2 matanya.. Air mata aku mengalir..


Aku tahu, mungkin cerita ini agak basi pada anda semua, tapi bagi aku ia adalah cerita indah seorang bapa yang baru..


Pada umur 31 tahun ini, aku menerima zuriat pertama aku, Mikayeel b Mohd. Yusrizal.

2 comments:

abe said...

tahniah!

baizurah said...

terharu gak baca. after being a mother, any birth related stories will bring me to tears. mika, be a good son to both of ur parents ya :-)

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin